Pengarah agensi antara dua individu disyaki terima rasuah

Pengarah agensi antara dua individu disyaki terima rasuah RM900,000

ANGGOTA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi dua suspek kes rasuah di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di negeri ini ditahan reman enam hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000. 

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. 

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman, di sini. 

“Suspek disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan mendapatkan projek, menyedia dan meluluskan beberapa pelan pembangunan kepada sebuah syarikat perunding. 

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar  2015 hingga 2020 dengan menerima wang rasuah secara tunai dan melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik suspek serta adiknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya