Penempatan warga asing digempur, 76 PATI ditahan

Penempatan warga asing digempur, 76 PATI ditahan

SERAMAI 76 orang PATI berusia antara 20 hingga 55 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menggempur penempatan pekerja warga asing di Shah Alam dan Kajang dekat sini dan menahan seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi kira-kira pukul 5 pagi itu dijalankan susulan aduan awam berhubung PATI yang disyaki tinggal di penempatan tersebut tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, seramai 113 anggota terlibat dan menjalankan pemeriksaan terhadap 374 warga asing dalam serbuan tersebut. 

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 76 orang PATI berusia antara 20 hingga 55 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan. 

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Jelasnya, pihak Imigresen akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta ATIPSOM 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya