Penduduk P. Pinang dijamin tiada gangguan bekalan air

Penduduk P. Pinang dijamin tiada gangguan bekalan air

PBAPP menyediakan 10 lori tangki bagi menghadapi sebarang kejadian gangguan bekalan air sempena perayaan Tahun Baharu Cina.-GAMBAR IHSAN PBAPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dijangka mengoptimumkan perkhidmatan air mereka di negeri ini semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, pada masa sama, syarikat itu juga tidak merancang untuk melaksanakan sebarang gangguan bekalan air berjadual (SWSI) semasa musim perayaan tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, PBAPP akan menggerakkan sehingga 200 kakitangan respons kecemasan untuk bersiap siaga selain menyediakan 10 lori tangki bagi menghadapi sebarang kejadian atau insiden yang tidak diduga.

Ketika ini katanya, paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang di Seberang Perai Utara (SPU) telah melebihi tahap ‘selamat’ iaitu 2.0m sejak 1 Januari lalu dan PBAPP juga telah mengabstrak air mentah dari sungai ini untuk menyokong pengeluaran air optimum di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

“Tanpa sebarang kejadian tidak diingini, LRA Sungai Dua ini akan terus menghasilkan air secara optimum sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina nanti.

“Selain air terawat dari Sungai Dua, LRA Bukit Toh Allang di Seberang Perai Tengah (SPT) juga akan beroperasi pada tahap optimum untuk membekalkan kira-kira 39.1 juta liter sehari (JLH).

“Situasi yang sama juga akan berlaku di LRA Bukit Panchor yang bersedia mengeluarkan tambahan kira-kira 20.2 JLH air untuk kegunaan air terawat di Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya.

Sementara itu, Pathmanathan berkata, empat LRA di daerah Timur Laut (DTL) iaitu di Air Itam, Bukit Bendera, Guillemard dan Air Terjun turut menghasilkan sejumlah 76.6 JLH air terawat untuk bekalan di semua kawasan berkenaan.

Dalam hal ini katanya, walaupun kapasiti efektif Empangan Air Itam iaitu sebanyak 2,159 juta liter (JL) tidak optimum, terdapat air yang mencukupi tersedia dari empangan ini bagi digunakan semasa musim perayaan ini.

“Selain itu, LRA Batu Ferringhi dan LRA Sungai Pinang di daerah Barat Daya juga telah bersedia untuk menyalurkan kira-kira 53.8 JLH air terawat, terutamanya untuk bekalan di kawasan utara dan barat bahagian pulau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya