Pencapaian genjatan senjata bolehkan bantuan kemanusiaan baharu dihantar ke Gaza

Pencapaian genjatan senjata bolehkan bantuan kemanusiaan baharu dihantar ke Gaza

KANAK-KANAK menyuap makanan ketika mereka duduk di tanah perkuburan yang menjadi kawasan puluhan keluarga dipindahkan berlindung di Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menyifatkan perjanjian gencatan senjata yang disepakati Hamas dan Israel adalah langkah penting menamatkan konflik selama 15 bulan yang mengorbankan banyak nyawa, penderitaan rakyat Palestin dan kemusnahan Gaza.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pencapaian itu sekali gus membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan baharu bagi menyelamatkan nyawa rakyat Palestin yang masih berada di Gaza, terutamanya ketika musim sejuk ketika ini.

Pada masa sama, Malaysia memuji usaha Kerajaan Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat serta pengantara masing-masing atas kesungguhan dan komitmen mereka dalam mencapai perjanjian ini.

“Usaha kini perlu ditumpukan kepada pelaksanaan berkesan dan sepenuhnya mengikut komitmen yang diberikan oleh semua pihak terlibat.

“Malaysia kekal teguh bersolidariti dengan Palestin. Malaysia melihat peluang bagi masyarakat antarabangsa untuk bersatu bagi mencari penyelesaian kekal kepada salah satu konflik yang paling lama berlarutan di dunia,” katanya hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan, Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata yang dibahagikan kepada tiga fasa, selepas lebih 460 hari konflik yang membawa kemusnahan besar kepada Gaza.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani bahawa genjatan senjata itu akan berkuat kuasa Ahad ini, namun usaha menjayakan perjanjian antara Israel-Hamas masih diteruskan.

Sejak perang bermula pada Oktober 2023, Israel sudah membunuh lebih 46,000 rakyat Palestin di Gaza.

Malaysia dengan tegas menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, dan mewujudkan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Ia berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, sebagai matlamat utama untuk mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Timur Tengah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya