Penang FC tempoh laluan berliku selepas tewas di laman sendiri

Penang FC tempoh laluan berliku selepas tewas di laman sendiri

PEMAIN Selangor FC, Mukhairi Ajmal (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Penang FC, Khairu Azrin Khazali pada aksi pertama saingan separuh akhir Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini.-GAMBAR/FACEBOOK SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Laluan berliku menanti Penang FC pada saingan kedua separuh akhir Piala Cabaran apabila tewas 1-0 kepada Selangor FC dalam aksi pertama kejohanan itu di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Turun dengan semangat untuk memburu gol awal, skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail bagaimanapun dihampakan oleh ketumpulan sentuhan penyudah daripada jentera serangan mereka yang diterajui gandingan pemain import, Rodrigo Dias dan Dylan Wenzel-Halls.

Selangor FC yang melancarkan beberapa gerakan ke kubu Penang FC juga hampir memecah kebuntuan jaringan, namun, kekebalan benteng skuad Harimau Kumbang yang diterajui kapten, Rafael Vitor menggagalkan hasrat itu.

Asakan bertali arus oleh skuad Gergasi Merah bagaimanapun membuahkan hasil apabila pelawat akhirnya berjaya menggegar jaring tuan rumah pada minit ke-35 perlawanan.

Gol berpunca daripada jaringan sendiri Vitor yang tertampan bola ke dalam gawang Penang FC selepas gagal menyepak keluar hantaran lintang oleh pemain pertahanan Selangor FC, Quentin Cheng.

Masuk babak kedua, pelawat terus menggandakan asakan apabila membawa masuk penyerang sensasi, Faisal Halim bagi menggantikan Mukhairi Ajmal pada minit ke-53.

Bagaimanapun, gol tambahan yang dicari oleh anak-anak buah Kinoshi Katsuhito sebagai bekalan selesa sebelum menerima kunjungan Penang FC untuk aksi kedua pada 2 Februari depan, tidak kesampaian.

Tuan rumah yang sesekali turut melancarkan asakan berbahaya ke kubu pelawat juga hampir memperoleh gol penyamaan, namun, benteng Selangor FC kekal bertahan sehingga wisel penamat ditiupkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya