Pemukiman Menteri Luar corak hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN - Utusan Malaysia

Pemukiman Menteri Luar corak hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN

MOHAMAD Hasan meninjau lokasi Pemukiman Menteri Luar ASEAN di LICC, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) selama dua hari yang bermula esok amat penting kerana ianya akan mencorakkan hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN melibatkan ketua-ketua negara pada Mei dan Oktober depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebarang persetujuan di peringkat pegawai kanan kerajaan akan dibawa ke peringkat menteri-menteri untuk perbincangan lanjut.

“Di situ nanti kami menteri-menteri akan berbincang dan membuat cadangan serta memanjangkan apa yang telah dipersetujui di peringkat menteri untuk dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN.

“Pemukiman kami ini penting kerana inilah mesyuaratnya untuk mencorakkan hala tuju sepanjang kepengerusian, tapi yang paling penting Malaysia merupakan Peneraju Utama Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Visi Komuniti ASEAN (HLTF-ACV),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) yang menjadi lokasi Pemukiman Menteri Luar ASEAN di sini, malam ini.

Katanya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada hari kedua pemukiman berkenaan hasil yang dicapai dalam mesyuarat itu.

Menyentuh tentang persiapan logistik, Mohamad berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan terutamanya sistem keselamatan  di LICC.

“Saya berharap keselesaan untuk semua pihak yang disediakan ini akan mencapai tahap yang baik kerana bukan sahaja kita menerima tetamu dalam negara tetapi ramai tetamu dari luar dan ini akan memastikan kita perlu bersedia dengan baik dari segi logistiknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya