Pemuda ditahan bersama 58 kilogram daun ketum

Pemuda ditahan bersama 58 kilogram daun ketum

LONGGOKAN daun dipercayai ketum yang dirampas polis ketika serbuan di sebuah rumah di Paka, Dungun, Terengganu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang lelaki ditahan polis bersama kira-kira 58 kilogram daun kering dipercayai ketum dalam serbuan di sebuah rumah, di Paka, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.20 petang selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung penjualan air ketum.

“Hasil serbuan polis menemukan satu plastik sampah yang mengandungi ceraian disyaki daun ketum di luar rumah suspek. Pemeriksaan lanjut turut menemukan longgokan daun dipercayai daun ketum di dalam sebuah bilik di rumah itu selain enam botol mengandungi cecair yang disyaki ubat batuk,” katanya hari ini. 

Maizura berkata, polis percaya daun ketum tersebut baru sahaja diperoleh dari pembekal dan untuk pasaran sekitar Paka.

“Suspek turut mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah. Bagaimanapun, ujian urin terhadap suspek mendapati dia negatif dadah,” katanya. 

Beliau berkata, suspek ditahan reman  empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya