Pemuda didakwa lakukan amang seksual

Pemuda didakwa lakukan amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, awal bulan ini.

Tertuduh, Abdul Wafi Abdullah, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad yang kemudian menetapkan 7 Mac depan untuk memberikan keputusan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Abdul Wafi didakwa melakukan amang seksual dengan cara menyebabkan zakarnya disentuh remaja berkenaan di belakang kelas sebuah pusat jagaan di Kempas, di sini pada pukul 9 pagi, 3 Januari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin kerana kedua-duanya tinggal di pusat jagaan sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya