Pemotong rumput pukul isteri tolak ajakan 'bersama' dipenjara enam bulan

Pemotong rumput pukul isteri tolak ajakan ‘bersama’ dipenjara enam bulan

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah mencederakan isteri kerana berang ajakan melakukan persetubuhan ditolak, seorang pemotong rumput dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Khairunnisak Hassni membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh yang berusia 32 tahun sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dalam perkahwinan yang sah telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya yang berusia 32 tahun untuk mengadakan persetubuhan dengan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi di dalam bilik kelamin sebuah rumah bernombor di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Januari 2025 dan sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak menampar, menumbuk, mencekik, menendang dan memukul isterinya menggunakan kayu sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian leher, mulut, bahu, mata kanan serta kepala kerana berang wanita itu menolak ajakan untuk melakukan persetubuhan.

Mangsa memberikan alasan kepenatan menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun selain tidak tahan dengan permintaan tertuduh yang mahu melakukan persetubuhan setiap hari.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara minimum kerana dia dan isteri sudah tidak lagi tinggal bersama selain telah insaf.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 10 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya