KLANG: Suasana di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini kecoh apabila waris tidak dibenar menyaksikan proses penggalian dan pemindahan kubur bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) semalam. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati puluhan ahli keluarga mula berkumpul di luar kawasan berpagar itu kira-kira pukul 8 pagi, namun keadaan bertukar kecoh apabila proses penggalian dilakukan berikutan tiada waris dibenarkan memasuki tanah perkuburan tersebut. Keadaan bagaimanapun kembali reda dengan kehadiran puluhan anggota polis yang mengawal ketat kawasan tersebut. Seorang waris, Zainor Hafiz Kateman, 40, berkata, pihaknya kecewa dengan keadaan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya