Pemilik syarikat didenda RM188,000, perdaya lima individu

Pemilik syarikat didenda RM188,000, perdaya lima individu

MOHAMAD Afizal Mohd Akhirudin didakwa d Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan memperdaya lima individu berhubung isu tuntutan Perkeso, tujuh tahun lalu.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Taktik licik seorang pemilik syarikat memperdaya lima individu berhubung tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan wang berjumlah RM188,000 tujuh tahun lalu membawa padah apabila dia didenda dengan amaun sama oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohamad Afizal Mohd Akhirudin, 33, mengaku bersalah atas semua tujuh pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut ketujuh-tujuh pertuduhan itu, Mohamad Afizal didakwa secara tidak jujur telah menipu lima individu dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayainya boleh menguruskan peratusan tafsiran penilaian Hilang Upaya Kekal (HUK) yang tinggi oleh jemaah doktor dalam tuntutan Perkeso.

Tertuduh juga menetapkan syarat-syarat tertentu sehingga mendorong kesemua mengsa menyerahkan wang berjumlah RM188,000 menerusi akaun bank milik syarikatnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Seberang Jaya dalam Daerah Seberang Perai Tengah antara tahun 2017 hingga 2023.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam M. Puveneswaran yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dikenakan hukuman denda pada kadar minimum.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya