Bayar pelarasan pencen dalam masa 3 bulan

Bayar pelarasan pencen dalam masa 3 bulan

Aminah Ahmad (tiga dari kanan) bersama para peguam yang mewakilinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan diarahkan untuk membayar pencen mengikut formula sebelum pindaan kepada Akta Penyelarasan Pencen 1980 dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh hari ini.

Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh pesara kerajaan, Aminah Ahmad berhubung pelarasan pencen di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada 12 Januari 2024, Aminah yang merupakan bekas penjawat awam di Kementerian Luar yang mewakili 56 pesara kerajaan memfailkan semakan kehakiman yang antara lain memohon perintah mandamus (mendesak) pihak kerajaan dan beberapa responden lain untuk menyegerakan pelarasan pencen.

Pada prosiding hari ini, Hakim Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan pada 2016 membolehkan penyelarasan pencen dibuat.

Semasa membaca penghakiman, Hakim Amarjeet berkata, berdasarkan Akta Penyelarasan Pencen 1980 (PAA), pesara kerajaan berhak menerima pencen yang selaras dengan semakan gaji tersebut.

Dengan keputusan hari ini, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diarahkan untuk membuat pembayaran pencen yang diperlukan dalam tempoh tiga bulan bermula hari ini.

Mahkamah turut menolak permohonan Peguam Persekutuan, M. Kogilambigai yang mewakili kerajaan selaku responden untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.

“Pihak responden perlu memfailkan rayuan secara rasmi,” kata hakim itu.

Peguam bela, Shukor Ahmad dan Baljit Singh Sidhu mewakili Aminah selaku pemohon dalam kes ini.

Pada 12 Januari 2024, Aminah yang mewakili 56 pesara kerajaan lain memfailkan permohonan dengan menamakan Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan itu, Aminah memohon perintah mandamus untuk memaksa responden menyegerakan pelarasan pencen kepada amaun kelayakan pencen mengikut formula dalam Seksyen 3 dan 6 Akta Penyelarasan Pencen 1980 sebelum pindaan di bawah Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013.

Beliau memohon perintah supaya kedua-dua responden melaksanakan pembayaran tunggakan pencen kepada mereka mengikut formula sama dalam tempoh 14 hari atau pada masa yang ditentukan oleh mahkamah.

Beliau turut memohon perintah dalam bentuk perisytiharan, iaitu bahawa tindakan responden tidak membayar tunggakan berkenaan adalah tidak konsisten dengan Artikel 4(1), 5(1) (kebebasan diri) dan 8(1) (perlindungan sama rata) Perlembagaan Persekutuan.

Aminah memfailkan saman terhadap kerajaan pada 2017 di atas kapasiti peribadinya dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, dengan mendakwa pindaan kepada Akta Penyelarasan Pencen menyebabkan keadaan yang agak merugikan kepada beliau berbanding skim pelarasan persaraan sebelum ini mengikut Akta Pelarasan Pencen 1980.

Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred berkenaan, bagaimanapun pindaan 2013 yang diperkenalkan adalah berdasarkan kadar rata (flat rate) dua peratus kenaikan tahunan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya