Pembinaan dua menara telekomunikas tingkat sambungan

Pembinaan dua menara telekomunikas tingkat sambungan jalan Bukit Putus

ADNAN Abu Hassan (dua dari kanan) meninjau menara telekomunikasi di Bukit Putus, Kuala Pilah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Internet berkelajuan tinggi 4G dan 5G kini boleh diakses penduduk Kuala Pilah menerusi pembinaan dua menara telekomunikasi moden di Jalan Bukit Putus (Seremban-Kuala Pilah).

Menara telekomunikasi itu dilihat berjaya menyelesaikan masalah telekomunikasi dan capaian jalur lebar sering terganggu semasa waktu puncak seperti Aidilfitri dan cuti sekolah.

Pembangunan menara itu hasil kerjasama kerajaan Negeri Sembilan, Konsortium Jaringan Selangor (KJS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak berkepentingan utama dalam industri telekomunikasi.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, inisiatif itu melambangkan lonjakan transformasi untuk masyarakat tempatan dan sekitar, selain menawarkan lebih banyak peluang dalam ekonomi digital.

“Infrastruktur digital canggih di Kuala Pilah ini dijangka menarik pelaburan baharu dan mengubah kawasan ini menjadi hab aktiviti digital,” katanya.

Beliau berkata demnikian ketika hadir perasmian menara telekomunikasi di Bukit Putus, Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Menariknya, salah satu menara telekomunikasi di Kuala Pilah itu dibina dengan mural bermotifkan budaya dan sejarah setempat, membangkitkan rasa bangga dalam kalangan penduduk.

Majlis itu dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam majlis itu, Fahmi turut melancarkan Garis Panduan Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G 6 Hala.

Diterajui SKMM, ia adalah projek perintis industri telekomunikasi dalam usaha berkongsi sumber rangkaian dan infrastruktur antara syarikat telco Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan YTL Communications.

Lima lokasi MOCN 4G 6 Hala ialah di Ikon Tengkolok, Bukit Putus dan Kem Pengakap, Bukit Putus, Negeri Sembilan; Prima Gambang (Pahang); Plaza Tol Kota Seri Langat West Coast Expressway (WCE) Banting (Selangor) dan Tanjung Asam (Pulau Pinang).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya