Pemberian tol percuma musim perayaan lebih bersasar diperinci: PM

Pemberian tol percuma musim perayaan lebih bersasar diperinci: PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAVOS (SWITZERLAND): Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang memperinci pendekatan lebih bersasar bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah ini sejajar usaha penyelarasan subsidi sebelum ini yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40 tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.

“Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati. Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain.

“Perkara ini sedang diperincikan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak,” katanya pada sidang media penutup sempena lawatan kerjanya ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di sini.

Anwar berkata demikian pada sidang akhbar penutup sempena lawatan kerjanya ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2025, di sini.

Selasa lalu, Nanta Linggi dilaporkan berkata, 2024 tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan dan mesyuarat Jemaah Menteri tahun lalu memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya