Pembeli motosikal terpakai jangan terdedah ditipu - Anthony Loke 

Pembeli motosikal terpakai jangan terdedah ditipu – Anthony Loke 

ANTHONY Loke Siew Fook (tengah) ketika melancarkan gimik pada Majlis Pelancaran Rider Gate 2025 di Kuala Lumpur. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama bagi memastikan aplikasi pasaran motosikal terpakai telus dan selamat kepada pengguna untuk urusan jual beli.

Menterinya, Anthony Loke berkata,  langkah ini penting bagi memastikan pengguna tidak terdedah kepada unsur penipuan antaranya pembelian motor terpakai yang mempunyai saman tertunggak. 

Kata beliau, platform ini  merupakan langkah penting dalam menggalakkan transformasi digital dalam sektor pengangkutan dan meningkatkan kepercayaan dalam pasaran motosikal terpakai.  

“Platform ini menangani cabaran seperti rekod pemilikan yang tidak jelas dan risiko mekanikal, sekali gus meningkatkan kecekapan dan keselamatan transaksi. 

“Penubuhan aplikasi  ini akan memenuhi keperluan pasaran dan saya berharap platform ini dapat memberi keyakinan dan keselamatan kepada pengguna dan platform ini dapat berkembang dengan telus dan mengikut peraturan sedia ada,” katanya pada majlis pelancaran Rider Gate di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Loke berkata, pembayaran atas talian akan dicadangan kepada JPJ untuk diintegrasikan dengan MySikap bagi memastikan pembayaran yang telus.

“Apabila sebarang transaksi jual beli berlaku, maka ada pertukaran nama, hak milik dan sebagainya. Sekarang semua proses ini dilakukan secara manual di JPJ. Jadi kita harap ia dapat dilakukan dengan secara atas talian bagi memudahkan semua pihak,” katanya

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol Group Berhad, Datuk Clement Tan Chee Seng berkata, Rider Gate menawarkan pelbagai ciri inovatif untuk mempermudah proses pembelian dan penjualan motosikal terpakai dengan lebih mudah, pantas, dan selamat.  

Menurutnya, pasaran global motosikal terpakai dianggarkan bernilai AS$66.2 bilion menjelang 2031, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5.6 peratus.  

“Rider Gate direka untuk memberikan akses kepada pelbagai motosikal berkualiti tinggi, disokong dengan ciri seperti pemindahan hak milik, pemeriksaan motosikal, insurans, jaminan lanjutan, dan pembiayaan pintar. Ia juga membantu mengurangkan risiko penipuan dalam transaksi.

“Rider Gate berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan peluang pasaran ini, selain menyediakan perkhidmatan tambahan seperti pemeriksaan percuma, keselamatan yang dipertingkatkan, dan integrasi teknologi digital untuk pengguna kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya