Pembantu kedai makan maut kemalangan empat kenderaan

Pembantu kedai makan maut kemalangan empat kenderaan

MOTOSIKAL jenis Yamaha Y15ZR dinaiki mangsa yang maut kemalangan di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, berhampiran simpang Zon Mawar di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pembantu kedai makan maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tiga motosikal di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, berhampiran simpang Zon Mawar di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Naufal Syahmi Mohd Nizam, 22, yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan tiga motosikal jenis Honda C100, Yamaha Ego dan motosikal ditunggang mangsa jenis Yamaha Y15ZR.

“Sampai di lokasi kemalangan motosikal jenis C100 ditunggang pelajar berusia 20 tahun telah bergerak melawan arus di sebelah kiri jalan untuk melintas ke kanan jalan menuju ke Sungai Lalang sebelum terjatuh akibat pasir.

“Dalam usaha mengelak melanggar motosikal itu, kereta Proton Wira memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa.

“Manakala sebuah lagi motosikal dinaiki dua pelajar perempuan sebuah sekolah di sini turut terbabas ketika cuba mengelak daripada dilanggar oleh kereta Proton Wira itu,” katanya.

Menurut Wan Azharuddin, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan, sementara saringan air kencing terhadap kesemua yang terlibat negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya