Pemandu lori tidak mengaku cederakan dua beradik

Pemandu lori tidak mengaku cederakan dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan dua wanita, minggu lalu.

Ravi Kumara Ramachandran, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.

Mengikut pertuduhan, Ravi didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua wanita yang juga adik beradik masing-masing berusia 17 dan 21 tahun pada pukul 5.30 petang, 7 Januari lalu, di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jalan Miri, Sentul di sini.

Difahamkan, tertuduh dan dua beradik itu mempunyai hubungan kekeluargaan.

Perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela, Akmal Amsyar yang mewakili tertuduh memohon pengurangan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.

“Dimohon mahkamah mengenakan jumlah jamin yang minimum memandangkan dia perlu bekerja dan menanggung tiga orang anak,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,600 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya