Pemandu lori sebabkan kematian wanita akan fail representasi

Pemandu lori sebabkan kematian wanita akan fail representasi

JIMHAR Albasar ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban pada 1 Oktober tahun lalu bagi berdepan pertuduhan memandu lori dengan di bawah pengaruh dadah berbahaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Seorang pemandu lori akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Nilai di sini pada 27 September tahun lalu.

Peguam, R.S Kerthinee yang mewakili tertuduh, Jimhar Albasar, 31, memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kerthinee berkata, representasi itu akan difailkan selepas meneliti dokumen berkaitan kes yang diperoleh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd. Radzuan berkata, pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen kepada pihak peguam hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes dan keputusan representasi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu lori jenis Nissan didapati memandu kenderaan tersebut di bawah pengaruh dadah berbahaya jenis Methamphetamine sehingga menyebabkan kematian seorang wanita berusia 31 tahun.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 4.15 petang di Jalan Persiaran Negeri di Nilai di sini pada 27 September tahun lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Sebelum ini, media melaporkan pada 1 Oktober tahun lalu, pemandu lori, Jimhar Albasar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita di Nilai, pada 27 September 2024.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya