Pemandu lori pandu melulu, berbahaya ditahan

Pemandu lori pandu melulu, berbahaya ditahan

TANGKAP layar video tular memaparkan sebuah lori yang dipandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Seremban-Port Dickson, Mambau berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu lori yang tular di media sosial selepas memandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Seremban – Port Dickson, Mambau di sini ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 38 saat menunjukkan sebuah lori tipper berwarna merah yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

“Kejadian dipercayai berlaku semalam lebih kurang pukul 12.16 tengah hari di Jalan Seremban-Port Dickson, Mambau berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau.

“Suspek telah berjaya dikesan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Seremban dan pemandu seorang lelaki telah diminta untuk tampil ke Pejabat BSPT Seremban untuk membantu siasatan. 

“Oleh demikian, pemandu seorang lelaki yang berumur 65 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori seperti dalam video tular tersebut telah ditahan bersama lorinya di Balai Trafik IPD Seremban untuk tujuan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa menjalani ujian saringan air kencing dan hasil ujian adalah negatif.

Berikutan itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya