Pemandu lori didakwa membunuh, berdepan hukuman mati

Pemandu lori didakwa membunuh, berdepan hukuman mati

HASBULLAH Adam didakwa di Mahkamah Majistret Mersing hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada Disember lalu.

Tertuduh, Hasbullah Adam, 36 mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Dia didakwa membunuh Shakirin Mohamad, 28, di tepi jalan Kilometer 48, Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing antara pukul 6.10 pagi, 26 Disember hingga 1 50 petang, 28 Disember lalu.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara idak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan dikenakan sebatan tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Foo Fang Leong manakala tertuduh diwakili peguam bela, Azlan Bohari.

Mahkamah menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan disumbat dalam tempat penyimpanan barang sebuah kereta Proton Waja dalam semak di tepi Jalan Jemaluang – Kahang, Mersing.

Susulan itu, seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kes pembunuhan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya