Pemandu lawan arus punca kemalangan empat kenderaan ditahan polis

Pemandu lawan arus punca kemalangan empat kenderaan ditahan polis

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Chain Ferry, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek negatif dadah. Bagaimanapun, kita akan membuat permohonan reman terhadap untuk siasatan lanjut selain bagi membolehkan suspek menjalani ujian darah,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Anuar berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU telah menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut kira-kira pukul 2.15 petang.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu suspek di Jalan Chain Ferry masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan tiga kenderaan lain.

“Pelanggaran itu menyebabkan dua pemandu mengalami kecederaan dan salah seorang daripada mereka kini sedang dirawat di hospital swasta,” katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, tular beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus sebelum melanggar beberapa kenderaan lain di Jalan Chain Ferry, di sini, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya