KUALA LUMPUR: Orang ramai digalakkan mengguna kamera papan pemuka (dashcam) dalam setiap kenderaan sebagai langkah pencegahan terhadap pemanduan berbahaya. Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak kerajaan boleh memastikan kamera papan pemuka dijual dengan harga yang mampu milik bagi semua lapisan masyarakat. “Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti mempertimbangkan pengurangan cukai atau subsidi untuk pembelian kamera papan pemuka dan melaksanakan kempen kesedaran untuk menekankan manfaat kepada pengguna jalan raya. “Kita bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan di jalan raya tetapi juga membina budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya