Pemandu disaran pasang kamera papan pemuka

Pemandu disaran pasang kamera papan pemuka

Lee Lam Thye
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai digalakkan mengguna kamera papan pemuka (dashcam) dalam setiap kenderaan sebagai langkah pencegahan terhadap pemanduan berbahaya.

Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak kerajaan boleh memastikan kamera papan pemuka dijual dengan harga yang mampu milik bagi semua lapisan masyarakat.

“Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti mempertimbangkan pengurangan cukai atau subsidi untuk pembelian kamera papan pemuka dan melaksanakan kempen kesedaran untuk menekankan manfaat kepada pengguna jalan raya.

“Kita bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan di jalan raya tetapi juga membina budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Lam Thye menekankan bahawa rakaman kamera papan pemuka boleh memainkan peranan penting dalam membantu siasatan polis terhadap kemalangan jalan raya.

Beliau juga menegaskan kamera papan pemuka bukan sekadar alat perlindungan individu, tetapi juga aset penting untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan memastikan keadilan di jalan raya.

“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama, dan pemasangan dashcam adalah satu langkah praktikal yang boleh menyelamatkan nyawa dan memperkukuh keadilan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya