Pemandu berang dibunyikan hon halang jalan, ditahan polis

Pemandu berang dibunyikan hon halang jalan, ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki memandu kereta secarai gopoh sehingga membahayakan pengguna jalan raya kerana berang dibunyikan hon, ditahan polis selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima laporan daripada seorang mangsa wanita Melayu berusia 50 tahun yang mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 4 Januari lalu, kira-kira pukul 8.30 malam berhampiran Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, wanita tersebut berada dalam kenderaan dipandu anak lelakinya berusia 19 tahun ketika berlaku perselisihan faham dengan suspek seorang lelaki berusia 47 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Altis.

“Suspek didakwa memotong kenderaan mangsa secara tiba-tiba dari arah kiri, menyebabkan anak pengadu membunyikan hon sebagai amaran. Bagaimanapun, suspek bertindak memberhentikan kenderaan secara mendadak sebelum mengekori dan menghalang laluan mangsa.

“Lelaki itu juga dilaporkan menurunkan cermin tingkap kenderaannya dan merakam gambar kenderaan mangsa sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, rakaman berdurasi satu minit 53 saat yang memaparkan insiden tersebut dimuat naik ke akaun Facebook DashCam Malaysia telah mendapat perhatian pengguna media sosial.

“Hasil siasatan polis membawa kepada penahanan suspek di kawasan Sungai Long, Kajang pada 5 Januari, kira-kira pukul 10.15 malam.

“Kenderaan dipandu suspek yang terlibat dalam kejadian turut dirampas sebagai bahan bukti,” katanya.

Tambahnya, suspek kini direman selama dua hari sehingga 7 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara cuai atau gopoh sehingga membahayakan nyawa.

Jelasnya, jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Chalart Cinda di talian 0179825150 atau balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya