Pemandu bas ekspres meludah boleh dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Pemandu bas ekspres meludah boleh dikenakan tindakan

MOHAMMAD Yusoff Abustan (tengah) memeriksa motosikal yang disita dalam operasi di Jalan Tambun, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemandu bas ekspres yang dikesan melanggar peraturan jalan raya termasuk meludah ketika memandu akan diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi khas sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, pihaknya akan meletakkan pegawai untuk membuat penyamaran dalam bas ekspres bagi memastikan tiada pemandu melakukan kesalahan tersebut.

Katanya, kesalahan lain yang turut diberi perhatian adalah menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika memandu selain tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan tiada lesen memandu kompeten (CDL).

“Walaupun nampak macam biasa (meludah) namun ia sebenarnya menjadi satu kesalahan ketika memandu. Tingkah laku ini sebenarnya menjijikkan orang ramai.

“Sebagai pemandu, dia perlu bersedia dan sentiasa cergas semasa memandu demi keselamatan penumpang,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi khas sempena TBC 2025 di Jalan Tambun, di sini hari ini.

Menurut beliau, tugas penyamaran dalam bas dengan pegawai berpakaian biasa itu dijalankan sepanjang operasi berlangsung bermula 20 hingga 28 Januari dan 31 hingga 9 Februari.

Katanya, selain aktiviti penyamaran, pihaknya juga menguatkuasa pemeriksaan bas di depoh melibatkan empat terminal bas utama di negeri ini bagi memastikan kenderaan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik dan layak untuk membawa penumpang.

“Selain itu, kita turut mengesan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu kenderaan perdagangan terutamanya di kawasan kerap berlaku
kemalangan.

“Anggota JPJ akan membuat permerhatian, seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sepanjang tempoh operasi ini dijalankan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya