MELAKA: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah dalam kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat persimpangan lampu isyarat Pusat Simpanan Kenderaan Berat Ayer Keroh di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Mohd. Pizar Aziz berkata, nahas tersebut turut melibatkan tiga buah lori, dua kenderaan pacuan empat roda dan dua buah kereta.
“Hanya pemandu bas yang parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu manakala lapan lagi cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Seorang lagi pemandu lori yang turut tersepit juga berjaya dibawa keluar dengan selamat turut dibawa ke Hospital Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
hari ini.
Mohd. Pizar berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam apabila untuk mengeluarkan pemandu bas ekspres yang tersepit.
“Seramai 30 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Bukit Katil telah dikejarkan ke tempat kejadian membabitkan tiga jentera serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).-UTUSAN