Peluang kuasai pasaran minyak makan Pakistan

Peluang kuasai pasaran minyak makan Pakistan

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi hari ini memberi peluang kepada Malaysia untuk menguasai semula bahagian pasaran dalam sektor minyak dan lemak Pakistan.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata, ia juga akan memupuk strategi kerjasama untuk meningkatkan daya saing minyak sawit Malaysia.

“Pakistan adalah pengimport minyak sawit ketujuh terbesar Malaysia yang merupakan rakan strategik penting dalam sektor minyak makan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijadual menyam­paikan ucaptama pada persidangan itu yang merupakan acara tahunan utama bagi sektor minyak makan yang menya­tukan pengeluar, peniaga, pembeli, dan penggubal dasar dari seluruh rantau ini.

“Johari akan memberi tumpuan kepada kepimpinan Malaysia dalam amalan minyak sawit mampan, peningkatan permintaan global untuk minyak masak dan produk turunannya serta kepentingan ekonomi minyak sawit kepada kedua-dua negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya