Pelbagai sektor terima sinergi, pulangan lumayan WEF 2025

Pelbagai sektor terima sinergi, pulangan lumayan WEF 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelbagai sektor di negara ini bakal meraih sinergi dan pulangan yang lumayan daripada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, WEF menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.

Kata belau, antara sektor yang bakal menerima kesan positif itu adalah sektor pendidikan, pelaburan, perdagangan, kecerdasan buatan (AI), tenaga dan digital.

“WEF ini diadakan untuk mempertemukan pimpinan negara secara formal dan juga santau menerusi mesyuarat dua hala, sela-sela, sidang utama dan lain-lain lagi yang pastinya memberi impak positif dan pengalaman berguna untuk dibawa pulang.

“Saya panjangkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana Malaysia mendapat layanan dan pengiktirafan di atas kehadiran kali ini,” katanya dalam Facebook beliau.

Dalam pada itu, Anwar berkata, di sebalik semangat dan kerancakkan mengejar perubahan arus teknologi dunia dan kepesatan ekonomi, faktor keamanan sejagat merentasi benua perlu diambilkira bagi terus mengekalkan kestabilan dunia.

“Saya tekankan perkara itu sewaktu menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi: Pleno ASEAN yang bertajuk ‘Even Stronger Together pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

“Poin kritikal itu perlu diberi perhatian serius mana-mana negara, blok mahu pun kesatuan jika ingin memastikan kehadiran pelabur terus rancak menghangatkan peluang perdagangan yang ada.

“Saya turut memberikan contoh dan pandangan mengenai situasi di Myanmar dimana lebih banyak libat urus di pelbagai lapisan dan pihak berkaitan, perlu diadakan bagi memastikan kestabilan dan keamanan benua ASEAN terus dipelihara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, misi penting membawa suara Malaysia bagi meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala terus digenggam seerat eratnya.

“Berlabuhlah tirai lawatan kerja ke empat negara usai selesai program yang dihadiri saya dan delegasi di Sidang Kemuncak Tahunan WEF 2025. Kini, rakyat dan negara menanti kehadiran para pelabur baharu dan juga sedia ada agar terus diperhebatkan, untuk sama-sama menjulang kemajuan negara ke tahap yang lebih baik.

“Moga Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, akan terus memainkan peranan dan jambatan kepada pertumbuhan ekonomi dan kebersamaan keharmonian yang lebih baik pada masa kini dan juga masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya