SUDAH lama tidak dengar sebarang perkhabaran terbaharu mengenai seorang pelakon dan penyanyi lelaki ini.
Boleh dikatakan, dia ini sangat popular semasa di zaman kemuncaknya. Buat apa sahaja pasti laku, pasti laris, pasti meletup orang kata.
Sebab itulah kalau disebut tentang kerja, boleh dikatakan dia ini suatu masa dulu sangat gilakan kerja. Mat Salleh sebut workaholic.
Pantang ada tawaran berlakon, mengacara, menyanyi atau apa sahaja, dia pasti terima. Iyalah, orang tengah popular, bayaran pun mestilah tinggi.
Selagi ada yang mahu khidmat kerja seninya, dia pun pulun sahajalah. Kemudian, Cik Bunga perasan, ada satu ketika itu si artis ini seakan tidak begitu aktif dan berdiam sahaja. Macam tidak ada projek baharu sedangkan namanya tengah top.
Tak akanlah tawaran terhenti begitu saja ye tak? Jadi bila diselidik, rupa-rupanya, si artis ini sudah terpalit dengan kejadian sihir yang menyebabkannya jadi lemah, lesu dan cuma mahu duduk di rumah sahaja berkurung.
Dalam erti kata lain, dia juga jadi malas hendak keluar, malas mahu bekerja, malas hendak bercampur dengan orang dan hidup dalam anxiety atau kemurungan, sesuatu yang bukan dirinya sebelum itu.
Tentulah Cik Bunga dapat tahu ini bukan daripada empunya diri. Sebaliknya daripada rakan industri yang kenal rapat dengan pelakon terbabit.
Jadi, disebabkan terkena sihir itu, pelakon itu kini terpaksa dibawa mendapatkan rawatan alternatif secara tradisional bagi memulihkan keadaannya.
Mujurlah dia pun tinggal bersama ibu dan adik-beradik, jadi sekurang-kurangnya kalau apa-apa terjadi, keluarga sentiasa ada di sisi.
Sekarang pun khabarnya si pelakon ini masih menerima rawatan demi memulihkan semula semangatnya.
Dia memang tidak mahu kecohkan, tetapi Cik Bunga harap semua pihak dapat doakan kesihatannya supaya dia dapat kembali aktif.