Pelakon marah jual cerita cinta - Utusan Malaysia

Pelakon marah jual cerita cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ini pula kisah yang Cik Bunga dengar dari belakang tabir. Hendak dijadikan cerita, Cik Bunga balik lambat juga daripada sebuah program realiti televisyen baru-baru ini. 

Berpeluang borak-borak dengan kawan seindustri, Cik Bunga dikhabarkan dengan kelakuan seorang penyanyi dan pelakon ini. Kononnya dia tidak suka menjadi bahan orang lain yang sesuka hati menjual cerita tentang cintanya. 

Alamak, setahu Cik Bunga, dia juga sendiri yang berkongsi ‘rahsia’ mengenai perkara itu di media sosial. Habis itu, kenapa nak marah ya? Bila ada kawan-kawan industri yang menyakat dan cuba bergurau dengannya menggunakan isu cinta, dia marah pula. 

Tidak faham juga Cik Bunga. Tetapi iyalah, kita ini tidak duduk di kasut dia. 

Mungkin sebab yang mengacau dirinya itu juga berlebih-lebihan dalam bergurau, sehingga menyebabkan dirinya tersinggung. Mungkinlah bukan? 

Tetapi kalau Cik Bunga pun akan marah juga andai orang berlebih- lebihan. Walaupun niatnya cuma mahu bergurau, tetapi mungkin ada orang tidak gemar hal cintanya disentuh orang. Mahu ada privasi mungkin. 

Alahai, kalau perkara kecil tak perlulah hendak marah lama-lama sangat. Tolak tepi pasal marah tak marah ini. Sekarang Cik Bunga cuma mahu tahu satu sahaja, jadi tak pelakon wanita ini berkahwin? Ramai juga yang tanya ini. Ci Bunga pun menunggu sama. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya