Pelajar kolej didakwa abai, sebabkan kematian anak

Pelajar kolej didakwa abai, sebabkan kematian anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar kolej mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anaknya hingga menyebabkan kematian di Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini, minggu lalu.

Tertuduh, Nur Athirah Ramli, 19, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai seorang ibu yang mempunyai pemeliharaan ke atas bayi itu telah mengabaikan bayi tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 7.15 pagi di Jalan Kijang, Taman Scientex, Pasir Gudang, pada 13 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Κanak-kanak (Pindaan) 2006, dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, atau dengan denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Izzat Mokhtar.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak, pelajar kolej itu menyedari dia hamil anak teman lelakinya dan mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut dengan memakan pil perancang.

Pada hari kejadian, wanita itu mengalami sakit perut dan melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat walaupun lahir dalam keadaan tidak cukup bulan di sebuah rumah sewa bersama rakannya di Taman Scientex Pasir Gudang.

Katanya, wanita itu kemudiannya keluar bersama teman lelakinya dengan meninggalkan bayi itu di dalam bilik.

“Setelah keluar beberapa jam dengan teman lelakinya, wanita itu pulang ke rumah sewanya dan mendapati bayi perempuan yang baharu dilahirkan itu sudah tidak bernyawa.

“Rakan sebiliknya yang panik dengan situasi itu telah menghubungi pihak polis. Polis telah membuka siasatan atas kesalahan pengabaian anak setelah ia tidak diberikan rawatan atau dirujuk ke hospital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya