Pelabur JS-SEZ nikmati kadar cukai korporat istimewa tempoh 15 tahun

Pelabur JS-SEZ nikmati kadar cukai korporat istimewa tempoh 15 tahun

ANWAR Ibrahim bersama Lawrence Wong pada sidang akhbar di Kompleks Perdana Putra selepas Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelabur di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh memohon untuk menikmati insentif cukai termasuk kadar cukai korporat istimewa sebanyak lima peratus bagi tempoh 15 tahun bermula 1 Januari lalu.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor, pakej insentif cukai JS-SEZ itu disediakan bagi menarik pelaburan tinggi ke Johor selain meningkatkan ekonomi negara.

Menerusi insentif itu, syarikat membuat pelaburan baharu
dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang layak berpeluang menikmati kadar cukai lima peratus bagi tempoh sehingga 15 tahun.

Menurutnya, aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang layak termasuk kecerdasan buatan, peralatan perubatan, aeroangkasa dan perkhidmatan hub global.

“Insentif tambahan juga diperuntukkan untuk
perniagaan yang beroperasi di kawasan flagship yang telah ditentukan di JS-SEZ.

“Selain itu, kadar cukai istimewa untuk pekerja berpengetahuan sebanyak 15 peratus bagi tempoh 10 tahun diperuntukkan untuk pekerja berpengetahuan yang layak di JS-SEZ,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pakej insentif JS-SEZ
memberikan rangsangan meningkatkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan global.

“Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Johor mengambil langkah proaktif untuk memberikan sokongan penuh kepada JS-SEZ dalam usaha menarik pelaburan.

“Dengan pelbagai kelebihan yang dimiliki Johor, JS-SEZ akan memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai hab perdagangan dan maritim utama di rantau ini,” katanya.

Selain daripada pakej insentif cukai, Kerajaan Negeri Johor turut bersetuju memperkenalkan duti hiburan pada kadar yang lebih rendah bermula 1 Januari 2025.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, insentif cukai JS-SEZ mencerminkan komitmen kerajaan mewujudkan
hubungan manfaat bersama yang melonjakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama rantau ini.

“Dengan kerjasama antara Malaysia dan Singapura, pakej insentif JS-SEZ itu akan
mempercepatkan kemasukan pelaburan berkualiti dalam sektor utama.

“Ia akan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dengan memanfaatkan kekuatan dan
sinergi antara Johor dan Singapura,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya