Pekerja warga asing maut ditimpa bumbung zink

Pekerja warga asing maut ditimpa bumbung zink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN : Seorang pekerja warga asing maut ditimpa bumbung zink di sebuah tapak projek pembinaan dewan serbaguna di sini, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa yang berumur 28 tahun itu sedang memindahkan bumbung zink dari lori ke kawasan tapak pembinaan tersebut.

“Daripada siasatan awal yang dijalankan, mangsa merupakan pekerja syarikat subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja memasang bumbung pada dewan serbaguna terbabit.

“Mangsa dilaporkan telah dihempap oleh bumbung yang dipindahkan dari lori dengan menggunakan kren bergerak.

“Kejadian berlaku apabila tali yang mengikat bumbung zink pada cangkuk (hook) kren tersebut dilaporkan telah terbuka ketika kerja-kerja mengubah zink bumbung tersebut dan menghempap mangsa yang berada berdekatan dengan lori yang membawa bumbung zink ke tapak pembinaan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hairozie, mangsa segera dikejarkan ke hospital berdekatan, namun, telah disahkan meninggal dunia di hospital pada hari yang sama.

Sehubungan itu katanya, notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di tapak pembinaan tersebut telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Pada masa yang sama, pihak Jabatan juga telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan dan membuat pembentangan kes kepada Jabatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya