PeKAT pastikan pemilihan calon polis sesuai - Razarudin

PeKAT pastikan pemilihan calon polis sesuai – Razarudin

TAN SRI RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Proses pemangkuan pangkat dipertingkatkan menerusi pelaksanaan Penilaian e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Atas Talian (PeKAT) yang bermula tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia bertujuan mengekang isu pilih kasih, tohmahan dan memastikan pemilihan calon yang sesuai, kompeten serta berkelayakan.

“Pada tahun ini, pelaksanaan dasar pemangkuan pangkat Asisten Superintendan (ASP) ke Deputi Superintendan (DSP) sedang dilaksanakan bagi memenuhi 254 kekosongan perjawatan DSP,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Tambahnya, pemberi pemangkuan dan kenaikan pangkat juga diperketatkan dengan syarat tambahan iaitu indeks jisim badan (BMI) selaras dengan Arahan Ketua Polis Negara No. 202 Dasar Trim and Fit yang berkehendakkan BMI berada pada paras kurang dari 28.

“Inisiatif tersebut penting bagi memastikan kesihatan serta keterampilan Pegawai Polis sekali gus melonjakkan kemampuan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, proses pemangkuan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diperkukuhkan agar lebih telus, adil dan memberi peluang sama rata kepada setiap yang berkelayakan.

“Arahan Ketua Polis Negara No. 203 Dasar Pemangkuan Pangkat bagi Pegawai Kanan PDRM telah diperkenalkan bersama pembinaan Sistem Pembangunan Sumber Manusia yang lebih efisien,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan PDRM tidak boleh sentiasa berada dalam zon selesa, sebaliknya perlu cakna terhadap dasar dan perubahan seiring kerajaan semasa.

“Kesenjangan yang wujud perlu diatasi bagi menyokong kemajuan dan kepesatan pembangunan negara.

“Setiap warga PDRM mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi mengangkat martabat serta menyerlahkan imej pasukan ke arah agensi penguat kuasa yang terbilang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya