PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara perlu menjawab segala persoalan berhubung Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa disembunyikan daripada Mahkamah Tinggi serta orang awam. Penganalisis undang-undang dan politik, Datuk Abdul Halim Sidek berkata, ia berikutan salinan surat Titah Adendum yang dipamerkan oleh anak sulung Najib, Datuk Muhammad Nizar dialamatkan kepada jabatan itu. Katanya, jabatan itu perlu menjawab semua persoalan berbangkit dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau tidak tahu mengenai kewujudan surat berkenaan. “Dari segi aspek perundangan Perdana Menteri tidak tahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya