Peguam baca surat Sultan Pahang, sahkan titah tambahan wujud

Peguam baca surat Sultan Pahang, sahkan titah tambahan wujud

Surat daripada Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini tersebar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah baru membacakan sebahagian surat daripada Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Surat tersebut ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Sultan Abdullah Ri’ayatuddin dan dihantar kepada anak Najib, Datuk Mohd. Nizar.

Antara isi surat itu berbunyi “Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Sultan Pahang dengan ini memperakukan bahawa titah adendum termaksud adalah wujud dan sahih.”

Surat itu dibacakan pada prosiding permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu berkenaan titah tambahan itu.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim diketuai Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama-sama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril.

Mewakili pihak kerajaan ialah Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly. Turut hadir pada prosiding tersebut ialah peguam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mewakili ahli-ahli parlimen Malaysia.

Prosiding pada ketika ini masih lagi berjalan dengan Muhammad Shafee masih mengemukakan hujahannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN