Pegawai kerajaan perlu kerap buat lawatan mengejut - KSN 

Pegawai kerajaan perlu kerap buat lawatan mengejut – KSN 

SHAMSUL Azri Iskandar ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pegawai kerajaan supaya mengurangkan lawatan bersifat berkala, namun memperbanyakkan lagi lawatan  yang dibuat secara mengejut. 

Beliau berkata, lawatan kerja tanpa persediaan membolehkan mereka untuk mengenal pasti perkara atau masalah sebenar yang berlaku. 

“Semalam (Ahad) saya sempat membuat lawatan mengejut di CIQ (Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) Bangunan Sultan Iskandar yang menjadi platform kepada 350,000 pergerakan sehari melibatkan kedua-dua negara. 

“Ada perkara yang saya puji dan ada perkara yang saya nampak memerlukan penambahbaikan khususnya untuk memartabatkan kebajikan kakitangan dan proses kerja di CIQ tersebut. jadi buat lah lawatan secara mengejut kerana di situ kita akan jumpa banyak perkara yang perlu dan boleh ditambah baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Azri turut meminta supaya kementerian dan agensi berkaitan untuk memantau kebajikan para pegawai dan kakitangan mereka yang bertugas di kompleks CIQ terutamanya yang menjaga perkhidmatan kaunter. 

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh mengenai pelaksanaan inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID yang disifatkannya sebagai perlahan dan tidak memuaskan.

“Projek pembangunan dan digitalisasi mesti dipercepatkan pelaksanaannya, sebagai contoh pendaftaran MyDigital ID masih di peringkat tidak memuaskan dan perlu dipertingkatkan pemahaman serta pendaftaran penjawat awam serta rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya