Pegawai Kastam ada kepakaran khas kesan tingkah laku mencurigakan penjenayah - Utusan Malaysia

Pegawai Kastam ada kepakaran khas kesan tingkah laku mencurigakan penjenayah

ANIS RIZANA MOHD ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 30 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengikuti latihan khas melalui kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) dalam pengesanan tingkah laku mencurigakan terutama dalam menangani kegiatan penyeludupan.

Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, kepakaran khas itu membolehkan bahasa gerak badan dan riak wajah suspek dapat ‘dibaca’ jika mereka terlibat dalam kegiatan jenayah ketika di pintu masuk utama negara.

Katanya, pegawai-pegawai itu meliputi pelbagai gred telah ditugaskan terus di lapangan seluruh negara.

“Siri latihan ini akan diteruskan dalam usaha serius membanteras aktiviti pengedaran bahan larangan seperti dadah dan penyeludupan pelbagai komoditi yang lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Menyentuh isu kejayaan JKDM merampas 4,433 kilogram dadah bernilai RM152.6 juta sepanjang tahun lalu, beliau berkata, modus operandi penjenayah kali ini turut berubah dengan penggunaan bungkusan kurier berbanding mengeksploitasi orang tengah.

Tahun lalu jelas Anis Rizana, sejumlah 585 kes pengedaran narkotik direkodkan di seluruh negara berjaya ditumpaskan, selain membanteras 2,545 kes penyeludupan rokok melibatkan 605,218,244 batang bernilai RM93.12 juta dengan cukai sepatutnya RM399.52 juta.

 Tidak ketinggalan sebanyak 1,021 kes membabitkan penyeludupan 1,697 buah kereta bernilai RM176.42 juta dengan kutipan cukai sepatutnya boleh mencecah RM134.8 juta.

 “Kami juga merampas 3,346,239 liter minuman keras yang meliputi 1,045 kes bernilai RM30.90 juta dengan perolehan cukai sepatutnya diterima ialah RM98.8 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya