Pegawai JAS cuba lepaskan kontena dipenuhi e-waste

Pegawai JAS cuba lepaskan kontena dipenuhi e-waste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) cuba melepaskan kontena-kontena mengandungi sisa elektronik atau e-waste dan menyebabkan pencemaran di Westports, Pelabuhan Klang.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat kemungkinan salah laku oleh pegawai JAS kerana memberi kebenaran untuk melepaskan kontena-kontena tersebut.

Menurutnya, EAIC menubuhkan satu pasukan petugas selaras dengan Seksyen 17 Akta EAIC 2009 (Akta 700) untuk menyiasat dakwaan salah laku pelepasan kontena-kontena yang mengandungi e-waste.

“EAIC mendapati kontena-kontena yang dipercayai mengandungi e-waste tersebut masih berada di Westports, Pelabuhan Klang.

“Hasil siasatan, EAIC mengesahkan terdapat cubaan daripada pegawai JAS untuk melepaskan kontena-kontena tersebut tanpa punca kuasa yang jelas dan justifikasi yang wajar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, EAIC berkata, siasatan turut mendapati terdapat kebocoran maklumat dalaman berkaitan pertukaran pengarah, pegawai dan pengarah, pegawai baharu akan melepaskan kontena-kontena tersebut.

Ini bermakna, jelasnya, pihak atasan JAS gagal mengambil tindakan berhubung isu kebocoran maklumat tersebut.

“Terdapat kelewatan penyelesaian kertas siasatan oleh JAS berkaitan dengan kontena-kontena tersebut yang juga berpunca daripada kelemahan penyeliaan.

“Malah, kelewatan yang amat sangat mengenai pengendalian kes berkenaan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan pencemaran alam sekitar tidak dapat dibendung dan dilindungi dengan segera,” jelasnya.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor tindakan tatatertib serta hukuman sewajarnya terhadap pegawai-pegawai JAS yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Kumpulan Pengurusan Tertinggi melalui Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Tambahnya, EAIC turut mencadangkan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) JAS dan Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP) JAS kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Awam untuk tindakan selanjutnya.

“Selain itu, akan memanjangkan dapatan siasatan dan pengesyoran bersama-sama dengan laporan EAIC kepada Ketua Setiausaha Negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya