Pegawai hal ehwal Islam direman, disyaki terima suapan lebih RM13,000

Pegawai hal ehwal Islam direman, disyaki terima suapan lebih RM13,000

SUSPEK diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka bagi mendapatkan perintah reman. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pegawai hal ehwal Islam di Melaka direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai menerima suapan berjumlah RM13,125 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan membantu mendapatkan kerja-kerja perkhidmatan pencetakan, dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga 13 Januari ini dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek lelaki berusia 43 tahun itu.

Suspek memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.10 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pukul 2.50 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Difahamkan suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan disyaki menerima suapan berjumlah lebih RM13,000 sebagai dorongan membantu mendapatkan kerja-kerja pencetakan di jabatan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya