Pegawai awam muda diberi latihan - PM

Pegawai awam muda diberi latihan – PM

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baharu Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penjawat awam muda di pelbagai peringkat diberikan latihan bermula tahun ini.

Menurutnya, latihan itu perlu diperluaskan kepada kelompok ini penting bagi meningkatkan kecekapan dalam tadbir urus  perkhidmatan awam.

“Kerajaan juga sanggup berbelanja dalam menyediakan peruntukan tambahan bagi memastikan penjawat awam berkenaan menjalani latihan sewajarnya.

“Latihan tersebut membabitkan bidang kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, peralihan tenaga, pertanian dan teknikal.

“Saya sudah minta kalau perlu RM100 juta, RM200 juta (peruntukan) tambahan untuk memberikan latihan intensif ini,” katanya ketika berucap di hadapan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Amanat Tahun Baharu di sini, hari ini.

Katanya, latihan yang bakal dijalani tidak semestinya sekadar di institut akademik dalam negara, malah di luar negara termasuk di pusat pengajian swasta atau pusat kecemerlangan mana-mana syarikat.

Anwar berkata, latihan itu harus merangkumi pelbagai peringkat termasuk juruteknik, pertanian dan peringkat teknikal yang rendah malah, semuanya harus diberikan peluang lebih baik.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan agar ketua setiausaha kementerian (KSU) dan ketua pengarah di jabatan tidak sekadar meneruskan tugas sedia ada sebaliknya mencari kaedah baharu lebih inovatif dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

Katanya, perubahan yang signifikan hanya dapat dicapai melalui komitmen terhadap tugas dan sentiasa kekal berusaha memperbaiki kelemahan.

“Mesti cari kaedah baharu, tidak hanya terlalu berpuas hati dengan apa yang dicapai dan apakah kebaikan (contoh yang harus dipelajari) itu boleh melonjak kekuatan kita sebagai suatu negara besar yang terkenal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya