Pasar awam lebih 50 tahun jadi lokasi pelancongan

Pasar awam lebih 50 tahun jadi lokasi pelancongan

NGA Kor Ming (kiri) ketika melawat Pasar Canning di Ipoh, Perak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasar-pasar awam di seluruh negara yang berusia lebih 50 tahun dan mempunyai keunikan tersendiri, bakal dijadikan sebagai lokasi pelancongan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menyenaraikan pasar-pasar tersebut yang kemudian akan dipilih untuk dinaik taraf supaya dapat menarik perhatian pelancong.

Beliau memberi contoh Pasar Awam Bukit Mertajam di Pulau Pinang, Pasar Pasir Pinji dan Pasar Besar Ipoh di Perak sebagai antara prasarana pasar awam yang mempunyai nilai sejarah.

“Setelah dinaik taraf, kita akan cadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya ia menjadi tempat yang harus dilawati oleh pelancong asing,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pasar Pasir Pinji dan Lawatan Ke Pasar Canning di sini, semalam.

Kor Ming berkata, kesemua pasar terlibat akan diberikan keutamaan bagi dinaik taraf yang kelak menurutnya pasti akan memberikan impak tinggi.

“Pasar-pasar tersebut akan diberi keutamaan, kos bagi setiap pasar berlainan bergantung kepada saiz tanah dan jumlah gerai.

“Tindakan ini membawa impak tinggi, bukan sahaja kepada peniaga dan penjaja kecil malah pengguna selain menjadi pusat komuniti setempat,” katanya.

Tambah beliau, pasar-pasar awam terpilih berkenaan boleh dijadikan aset pelancongan negara khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun hadapan.

Beliau turut memaklumkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan sebanyak RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji dengan reka bentuk dan kualiti kemudahan pasar yang baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya