Pasangan suami isteri pemilik syarikat umrah ditahan polis

Pasangan suami isteri pemilik syarikat umrah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 31 tahun yang merupakan pemilik Hejira Travel & Tours Holding Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur pada pukul 7 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia selepas tujuh laporan berkaitan penipuan umrah diterima pihaknya.

“Polis turut merampas beberapa komputer, pasport dan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, terdahulu pihaknya menerima satu laporan polis di Sepang berkaitan kes penipuan umrah syarikat berkenaan selepas mengalami kerugian berjumlah RM11,000.

Katanya, mangsa merupakan seorang perempuan Melayu berusia 39 tahun yang merupakan pekerja swasta terkandas untuk mengerjakan umrah yang dijadualkan semalam.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Semakan mendapati seramai 379 mangsa telah berurusan dengan syarikat itu dan terkandas untuk mengerjakan umrah pada 14 Januari melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM2.1 juta,” katanya.

Mengulas lanjut, hasil awal mendapati syarikat mula menjalankan perniagaan sejak tahun 2022, namun telah berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober 2024.

Jelanya, modus operandi suspek adalah memperdayakan mangsa melalui iklan di aplikasi TikTok mengenai pakej umrah dan berhubung dengan agen yang dilantik oleh pihak syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya