Pasangan kekasih berdepan hukuman mati

Pasangan kekasih berdepan hukuman mati

CHENG EE FEI (kiri) dan Chan Pei Een didakwa memiliki dan mengedar dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tiga tuduhan memiliki dan mengedar sebanyak 14.42 kilogram (kg) pada 28 Disember lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Cheng Ee Fei, 32, dan Chan Pei Een, 35, selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Namun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan lain, iaitu memiliki dadah jenis ketamin seberat 24.58 gram dan methamphetamine seberat 2.75 gram

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat 14.42 kg dalam kereta Toyota Vios berwarna hitam yang diparkir di tepi jalan Persiaran Mutiara Mas, di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 28 Disember lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Ee Fei dan Pei Enn turut didakwa memiliki dadah jenis ketamin seberat 24.58 gram dan methamphetamine seberat 2.75 gram pada waktu dan lokasi sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin dan menetapkan 7 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya