PETALING JAYA: Pas akan terus beristiqamah dalam konsep penghakiman dengan mengutamakan pengampunan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sama sekali menolak sebarang unsur politik dendam dan penipuan.
Katanya, pendirian itu jelas mengikut prinsip ajaran Rasulullah SAW yang mementingkan kemaafan dan keadilan.
“Pas bukan parti sekular yang tidak beragama dan mudah terpengaruh dengan politik Barat penjajah yang berprinsipkan kaedah matlamat menghalalkan cara.
“Mereka yang berada diluar ajaran Islam atau menyertai Pas tanpa mengikut program tarbiyah Pas dalam kepanasan sebab tidak sabar kerana dendam atau mengejar kebendaan atau menjaga keselamatan,” katanya kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas tidak berasa pelik adanya Titah Adendum itu dan menyifatkan mereka yang menolak titah berkenaan sebagai jahil.
“Mereka yang menolaknya sama ada jahil agam atau kalangan bukan Islam atau dendam dan tidak sabar ketika berkuasa,” jelasnya. – UTUSAN