Pas dakwa DAP bawa ajaran penjajah

Pas dakwa DAP bawa ajaran penjajah

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas terus melakukan serangan dan mengkritik DAP dengan mendakwa parti tersebut mengamalkan sekuralisme iaitu teori yang ditinggalkan oleh penjajah sewaktu Malaysia dijajah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, teori sekularisme yang sesat itu diimport oleh penjajah ke dalam negara semasa zaman penjajahannya dan kemudian disambung oleh bala tenteranya termasuk DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) sehingga hari ini.

Menurut beliau, teori tersebut dimaktubkan dalam perlembagaan DAP, lalu menjadi perjuangan dan disuarakan dengan lantang serta mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Dinyatakan dengan terang dan nyata dalam fasal 2 matlamat DAP iaitu menegakkan sekularisme yang dihasratkan oleh Suruhanjaya Reid.

“(Ini) dengan meletakkan Islam di bawah panji-panji sekularisme yang berlainan dengan maksud al-din dalam bahasa al-Quran, bukan perkataan ‘religion’ dalam bahasa Barat,” katanya menerusi penulisannya yang disiarkan di akaun Facebook rasminya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, kerana itu DAP menerima keahlian dari semua kelompok manusia.

“(Ini) termasuk daripada kalangan paling ekstrem yang tidak percaya akan adanya tuhan yang tidak beragama, malah daripada semua ideologi, termasuk kalangan komunis yang paling ekstrem dan kalangan liberal yang paling bebas,” katanya.

Tambahnya, Pas membatalkan kerjasama politik dengan DAP kerana beristiqomah kepada prinsip perjuangannya, di samping kerana pemimpin-pemimpin parti itu sering membuat kenyataan terbuka dan menentang dasar Pas.

“Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas menetapkan bahawa Islam adalah tertinggi mengikut yang terkandung dalam al-Quran, Sunnah, ijmak para ulama’ dan qias yang nyata.

“Maka, Pas menerima ahli yang beragama Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem berkonsepkan tiada paksaan beragama, asalkan menerima Islam yang adil kepada semua.

“Sekularisme ialah syirik akbar yang lebih besar daripada dosa fitnah dan membunuh nyawa manusia kerana membunuh aqidah keimanan kepada Allah dan hari akhirat, dosa paling besar dalam Islam. Hal ini menjadikan semua amalan yang soleh tidak diberikan pahala,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya