Pas bidas profesor beri gambaran berat sebelah

Pas akui kenyataan ‘Yeoh’ salah, bidas profesor beri gambaran berat sebelah

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas membidas ulasan dan cadangan seorang profesor seni bina agar parti itu mengadakan kursus kepada ahli-ahlinya berhubung nama orang Cina.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau mengakui kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak adalah salah namun menganggap profesor berkenaan bercakap seolah-olah Pas jahil dengan adat dan budaya kaum selain Melayu di Malaysia.

Malah beliau mendakwa profesor itu tidak pernah berkunjung ke Kelantan untuk melihat silang budaya yang sangat harmoni terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina seperti sekarang.

“Mungkin pada pengetahuan beliau, kaum Melayu, Cina dan India di Kelantan contohnya hidup seperti makhluk asing, tidak bertegur satu sama lain apatah lagi kunjung-mengunjung mengenali budaya masing-masing.

“Hanya beberapa kenyataan daripada beratus ribu ahli Pas yang salah, ia tidak boleh menggambarkan Pas secara keseluruhan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai anak kepada Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay.

Semalam, ahli akademik Tajuddin Mohd. Rasdi berharap pihak tertentu mungkin boleh menjalankan kursus kepada pengikutnya tentang sejarah dan makna nama dalam masyarakat Cina.

Jelas Tajuddin, ia supaya tidak ada ahli mereka tersalah anggap nama keluarga pemimpin komunis dengan ahli politik yang bekerja keras di negara ini atau nama menteri dengan hartawan perniagaan.

Ahmad Fadhli turut mempersoal tindakan pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang menyatakan satu ungkapan yang bukan hadis tetapi disebut sebagai hadis.

Katanya, ia merupakan kejahilan DAP secara keseluruhan tentang hadis Nabi.

“Kenapa saya tiba-tiba membangkitkan tentang DAP? Kerana profesor yang menggunakan gelaran ahli akademik ini ialah seorang ahli DAP yang mengisytiharkan penyertaan ke dalam DAP di atas prinsip Islam.

“Oleh yang demikian, apabila profesor ini menyarankan kepada Pas untuk mencontohi perjuangan Rasulullah SAW, cadangan itu sangatlah bagus.

“Namun persoalannya, apakah ahli DAP ini sendiri berusaha membawa perjuangan DAP mengikuti perjuangan Rasulullah SAW? Atau tanggungjawab mengikuti perjuangan nabi itu hanyalah tanggungjawab Pas dan bukan ahli DAP yang muslim?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya