Pas, Bersatu persoal ketelusan kerajaan

Pas, Bersatu persoal ketelusan kerajaan

ANTARA penyokong Najib Tun Razak ketika hadir di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan membabitkan isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak membuktikan terdapat pihak menyembunyikan Titah Addendum.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan menyembunyikan Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu mengkhianati prinsip berterus-terang yang sepatutnya dijunjung oleh kerajaan.

Beliau membidas Perdana Menteri berhubung Titah Adendum kerana mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura tidak mengetahui mengenai dokumen tersebut.

“Adalah tidak mungkin seorang Perdana Menteri tidak mengetahui kewujudan titah tambahan Agong dan Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya bagi melaksanakan mana-mana titah Agong termasuklah Titah Adendum.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Agong serta Perlembagaan Persekutuan dan sebarang keingkaran, menyembunyi atau menafikan titah Agong merupakan penderhakaan besar kepada Raja dan negara,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Najib yang merupakan bekas Presiden UMNO untuk mencabar perintah penahanan di rumah bagi baki hukuman penjara yang dihadapinya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan tersebut mengesahkan bahawa kerajaan telah menyembunyikan kewujudan titah addendum tersebut sebelum Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan di mahkamah.

“Tindakan ini merupakan satu kesalahan besar yang menafikan hak beliau untuk mendapat keadilan sewajarnya. Tindakan menafikan kewujudan titah addendum ini mencerminkan ketidakjujuran kerajaan dalam menangani isu keadilan dan hak individu.

“Ini bukan sahaja mencemarkan sistem kehakiman negara tetapi juga mencetuskan persoalan besar mengenai integriti kepimpinan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya