KOTA TINGGI: Seorang wanita sempat membuat panggilan video kepada suaminya beberapa minit sebelum menemui ajal dalam kejadian lemas di Pantai Bayu Impian, Bayu Damai, Pengerang dekat sini kelmarin. Perkara itu dimaklumkan suami mangsa, Abu Mansur Ahmad Musa, 43, yang turut memberitahu selain isterinya, Siti Fatimah Jaafar, 33, turut lemas ialah anak saudaranya, Nur Arisya Hanan Mohd. Salleh, 13. Katanya, ketika kejadian, dia bersama kira-kira 20 ahli keluarga sebelah isterinya telah ke tempat penginapan di pantai itu sejak Isnin lalu untuk bercuti. Bagaimanapun ujarnya, ketika kejadian berlaku dia tiada di lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya