Orang ramai 'berpesta' lori ikan, udang terbalik

Orang ramai ‘berpesta’ lori ikan, udang terbalik

ORANG ramai mengutip ikan dan udang yang berterabur di tepi jalan raya selepas sebuah lori yang membawa muatan itu terlibat kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing sebelum simpang Mawai, Kota Tinggi, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Ribuan ikan dan udang bertaburan di tepi jalan raya selepas sebuah lori yang membawa muatan itu terlibat kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing sebelum simpang Mawai, di sini pagi tadi.

Difahamkan kesemua hasil laut itu habis dikutip orang ramai yang berpeluang melihat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 9.20 pagi itu membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Naza melanggar belakang kereta Perodua Myvi menghala dari Johor Bahru ke Mersing.

“Akibatnya Myvi berkenaan masuk laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori yang datang arah bertentangan sebelum terbalik ke bahu kiri jalan.

“Tiada kecederaan berlaku dan kes saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59. Ketiga-tiga pemandu telah sudah membuat laporan kemalangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 31 saat memaparkan orang ramai mengutip udang dan ikan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya